Selasa, 22 Jun 2010




GEOGRAFI - TINGKATAN 2
KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR
Pengenalan
1. Secara umumnya, kebanyakan negara di dunia ini sedang mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi. Apabila bilangan penduduk semakin meningkat, maka keperluan terhadap makanan juga bertambah.
2. Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadap alam sekitar.
3. Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadap penerokaan sumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air.
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber
1.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunya pertambahan penduduk disesebuah negara. Oleh itu, penerokaan sumber tanih untuk dijadikan kawasan pertanian perlu dipertingkatkan.
2. Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuai dijadikan kawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, dan Dataran Terengganu.
3. Untuk menampung keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahan pengairan yang disediakan membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun.
4. Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.
5. Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan koko diusahakan di kawasan tanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan koko menyebabkan kawasan tanih laterit di pedalaman giat dibangunkan untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman tersebut.
6. Sumber tanih juga dieksploitasi untuk kegiatan penanaman sayur-sayuran, buha-buahan dan bunga-bungaan seperti di Tanah Tinggi Cameron.
7. Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam pembuatan kaca dan barang-barang tembikar serta pasu turut dijalankan.
8. Aktiviti perlombongan dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih besi yang turut mempelbagaikan industri pembuatan negara.
9. Penerokaan sumber tanih besar-besaran untuk memenuhi permintaan penduduk yang bertambah akan membawa kesan negatif terhadap sumber tanih.
10. Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam tanaman sejenis akan menyebabkan tanih tersebut menjadi tidak subur.
11. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia, racun serangga dan benih bermutu tinggi untuk menghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam.
12. Para petani yang membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik akan mencemarkan udara dan meningkatkan suhu dunia.
13. Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali air yang seterusnya mengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ.
1. Penerokaan hutan bertambah kerana penambahan penduduk di sesuatu kawasan. ini kerana hutan menghasilkan kayu yang sesuai untuk penggunaan penduduk seperti mendirikan rumah, menjadikan perabot dan sebagainya.
2. Hutan amat berguna kepada penduduk kerana ia boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan melalui kegiatan pembalakan.
3. Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan kayu-kayan yang keras dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, merbau dan lain-lain lagi.
4. Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan kawasan petempatan, bandar dan juga untuk membina jaringan pengangkutan.
5. Penerokaan hutan secara besar-besaran akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan penduduk.
6. Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnya mengalami hakisan air larian permukaan yang giat.
7. Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungai menjadi semakin cetek dan mudah berlaku banjir.
8. Penebangan hutan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang hidup di dalam hutan itu.
9. Kegiatan pertanian pindah yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakar pokok-pokok hutan. Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna hutan yang istimewa.
10. Pembukaan hutan untuk membina empangan hidroelektrik bagi menampung permintaan penduduk yang bertambah telah menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami air.
11. Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan tadahan semakin terjejas dan berkurangan.
1. Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahan penduduk mengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan domestik, perindustrian dan pertanian.
2. Di Malaysia, pembinaan empangan merentasi sungai bertujuan untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, kegunaan domestik, dan mengawal banjir.
3. Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan air untuk kegunaan domestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang.
4. Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padi di kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi.
5. Untuk Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Batang Ai dan Empangan Tenom Perigi pula dibina khas bagi menjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk di sekitarnya.
6. Seterusnya Empangan Temenggor dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik di samping mengawal banjir di kawasan sekitarnya.
7. Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan pusat pelancongan terkenal di negara kita, Malaysia.
8. Pembinaan empangan untuk memenuhi permintaan penduduk juga akan menyebabkan kesan negatif terhadap sumber air.
9. Pembinaan empangan telah memusnahkan hutan dan tempat tinggal orang asli di sekitarnya.
10. Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayu balak yang bernilai dan memusnahkan kawasan tadahan air.
11. Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah mencemarkan sungai. Misalnya, pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai Klang Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.
Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
1. Penerokaan sumber alam semula jadi terpaksa dilakukan untuk memenuhi pertambahan penduduk yang semakin ramai di dunia, tetapi kegiatan penerokaan sumber perlu dilakukan dengan terancang.
2. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif penerokaan sumber terhadap alam sekitar.
1. Penggunaan tanih untuk pertanian akan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Langkah yang paling berkesan ialah menambahkan baja kepada tanih.
2. Kawasan pertanian dapat diperluaskan lagi dengan menebus guna kawasan terbiar dan kawasan paya.
3. Kawasan terbiar seperti bekas lombong boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi kawasan petempatan dan tempat pelancongan.
4. Kawasan paya pula dapat ditebus guna untuk menanam padi.
5. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pinggir laut di Malaysia telah ditambak. Contohnya, Bandar Hilir Melaka dan Seberang Perai ditambak untuk mendirikan hotel, kedai dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.
6. Selain itu, kawasan-kawasan cerun bukit juga dapat ditereskan untuk menanam sayur-sayuran dan teh. Ini dapat menjimat tempat untuk bercucuk tanam.
7. Untuk mengatasi permintaan penduduk yang semakin ramai, tanaman secara hidroponik dapat dijalankan di rumah atau di kebun.
8. Hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dipercepatkan melalui penggunaan teknik pertanian moden seperti menggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga.
1. Mengusahakan ladang hutan secara besar-besaran untuk membekalkan bekalan kayu kepada sektor perindustrian. Misalnya di Bukit Tinggi, Pahang.
2. Di Malaysia, penubuhan ladang hutan secara komersial turut dilaksanakan. Contohnya penanaman pokok jati di Mata Air, Perlis.
3. Menanam spesies pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi seperti akasia, batai, yamane, dan sesenduk di kawasan ladang hutan.
4. Melaksanakan rawatan silvikultur supaya pokok-pokok cepat matang dan mengawal mutu pengeluaran kayu balak.
5. Pokok-pokok yang berkualiti tinggi diberi peluang untuk tumbuh dan yang lain akan dihapuskan.
6. Menjalankan penebangan terpiliih , iaitu hanya pokok yang cukup matang dan saiz mencukupi sahaja ditebang. Pokok-pokok yang ditebang akan digantikan dengan pokok baru melalui penanaman semula untuk menjamin keberterusan bekalan pada masa depan.
7. Mewartakan hutan simpan kekal dan tanam negara untuk mengekalkan kawasan tadahan dan kawasan hutan.
8. Pusat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diwujudkan untuk melindungi flora dan fauna. Misalnya, Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh (Sarawak) dan Sepilok (Sabah).
9. Penguatkuasaan Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) diwujudkan untuk mengawal aktiviti pembalakan haram.
10. Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan, masa pembalakan dan pemberian konsesi hutan.
11. Rancangan pertanian kekal diperkenalkan kepada orang Asli untuk mengurangkan aktiviti pertanian pindah.
1. Melindungi kawasan tadahan hujan untuk menjamin bekalan air yang mencukupi. Melalui ini kerajaan Malaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan tadahan tertentu untuk menjamin keberterusan bekalan air.
2. Kerajaan juga mengambil langkah mengawal kualiti air sungai dengan memeriksa, mengkaji membersihkan dan mengawasi sungai supaya tidak dicemar.
3. Mengadakan kempen 'Cintai Sungai KIta' setiap tahun untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan menggalakkan mereka menjaga sungai dengan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya.
4. Menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) bagi mengawal pencemaran sungai.
5. Sistem rawatan air kumbahan yang sempurna wajib disalurkan ke sungai ditapis terlebih dahulu.
6. Tindakan pemeriksaan saluran paip air bawah tanah perlu sentiasa dijalankan untuk mencegah berlakunya kebocoran paip. Kebocoran paip akan mengotor dan membazirkan air.
GEOGRAFI - TINGKATAN 2
KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

Pengenalan
1. Secara umumnya, kebanyakan negara di dunia ini sedang mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi. Apabila bilangan penduduk semakin meningkat, maka keperluan terhadap makanan juga bertambah.
2. Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadap alam sekitar.
3. Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadap penerokaan sumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air.
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber
4.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunya pertambahan penduduk disesebuah negara. Oleh itu, penerokaan sumber tanih untuk dijadikan kawasan pertanian perlu dipertingkatkan.
5. Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuai dijadikan kawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, dan Dataran Terengganu.
6. Untuk menampung keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahan pengairan yang disediakan membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun.
7. Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.
8. Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan koko diusahakan di kawasan tanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan koko menyebabkan kawasan tanih laterit di pedalaman giat dibangunkan untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman tersebut.
9. Sumber tanih juga dieksploitasi untuk kegiatan penanaman sayur-sayuran, buha-buahan dan bunga-bungaan seperti di Tanah Tinggi Cameron.
10. Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam pembuatan kaca dan barang-barang tembikar serta pasu turut dijalankan.
11.Aktiviti perlombongan dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih besi yang turut mempelbagaikan industri pembuatan negara.
12.Penerokaan sumber tanih besar-besaran untuk memenuhi permintaan penduduk yang bertambah akan membawa kesan negatif terhadap sumber tanih.
13.Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam tanaman sejenis akan menyebabkan tanih tersebut menjadi tidak subur.
14. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia, racun serangga dan benih bermutu tinggi untuk menghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam.
15.Para petani yang membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik akan mencemarkan udara dan meningkatkan suhu dunia.
16. Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali air yang seterusnya mengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ.
17. Penerokaan hutan bertambah kerana penambahan penduduk di sesuatu kawasan. ini kerana hutan menghasilkan kayu yang sesuai untuk penggunaan penduduk seperti mendirikan rumah, menjadikan perabot dan sebagainya.
18. Hutan amat berguna kepada penduduk kerana ia boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan melalui kegiatan pembalakan.
19. Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan kayu-kayan yang keras dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, merbau dan lain-lain lagi.
20. Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan kawasan petempatan, bandar dan juga untuk membina jaringan pengangkutan.
21. Penerokaan hutan secara besar-besaran akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan penduduk.
22. Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnya mengalami hakisan air larian permukaan yang giat.
23. Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungai menjadi semakin cetek dan mudah berlaku banjir.
24. Penebangan hutan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang hidup di dalam hutan itu.
25. Kegiatan pertanian pindah yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakar pokok-pokok hutan. Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna hutan yang istimewa.
26. Pembukaan hutan untuk membina empangan hidroelektrik bagi menampung permintaan penduduk yang bertambah telah menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami air.
27. Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan tadahan semakin terjejas dan berkurangan.
28. Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahan penduduk mengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan domestik, perindustrian dan pertanian.
29. Di Malaysia, pembinaan empangan merentasi sungai bertujuan untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, kegunaan domestik, dan mengawal banjir.
30. Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan air untuk kegunaan domestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang.
31. Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padi di kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi.
32. Untuk Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Batang Ai dan Empangan Tenom Perigi pula dibina khas bagi menjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk di sekitarnya.
33. Seterusnya Empangan Temenggor dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik di samping mengawal banjir di kawasan sekitarnya.
34. Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan pusat pelancongan terkenal di negara kita, Malaysia.
35. Pembinaan empangan untuk memenuhi permintaan penduduk juga akan menyebabkan kesan negatif terhadap sumber air.
36. Pembinaan empangan telah memusnahkan hutan dan tempat tinggal orang asli di sekitarnya.
37. Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayu balak yang bernilai dan memusnahkan kawasan tadahan air.
38. Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah mencemarkan sungai. Misalnya, pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai Klang Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.
Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
39. Penerokaan sumber alam semula jadi terpaksa dilakukan untuk memenuhi pertambahan penduduk yang semakin ramai di dunia, tetapi kegiatan penerokaan sumber perlu dilakukan dengan terancang.
40. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif penerokaan sumber terhadap alam sekitar.
41. Penggunaan tanih untuk pertanian akan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Langkah yang paling berkesan ialah menambahkan baja kepada tanih.
42. Kawasan pertanian dapat diperluaskan lagi dengan menebus guna kawasan terbiar dan kawasan paya.
43. Kawasan terbiar seperti bekas lombong boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi kawasan petempatan dan tempat pelancongan.

44. Kawasan paya pula dapat ditebus guna untuk menanam padi.
45. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pinggir laut di Malaysia telah ditambak. Contohnya, Bandar Hilir Melaka dan Seberang Perai ditambak untuk mendirikan hotel, kedai dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.
46. Selain itu, kawasan-kawasan cerun bukit juga dapat ditereskan untuk menanam sayur-sayuran dan teh. Ini dapat menjimat tempat untuk bercucuk tanam.
47. Untuk mengatasi permintaan penduduk yang semakin ramai, tanaman secara hidroponik dapat dijalankan di rumah atau di kebun.
48. Hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dipercepatkan melalui penggunaan teknik pertanian moden seperti menggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga.

49. Mengusahakan ladang hutan secara besar-besaran untuk membekalkan bekalan kayu kepada sektor perindustrian. Misalnya di Bukit Tinggi, Pahang.
50. Di Malaysia, penubuhan ladang hutan secara komersial turut dilaksanakan. Contohnya penanaman pokok jati di Mata Air, Perlis.
51. Menanam spesies pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi seperti akasia, batai, yamane, dan sesenduk di kawasan ladang hutan.
52. Melaksanakan rawatan silvikultur supaya pokok-pokok cepat matang dan mengawal mutu pengeluaran kayu balak.
53. Pokok-pokok yang berkualiti tinggi diberi peluang untuk tumbuh dan yang lain akan dihapuskan.
54. Menjalankan penebangan terpiliih , iaitu hanya pokok yang cukup matang dan saiz mencukupi sahaja ditebang. Pokok-pokok yang ditebang akan digantikan dengan pokok baru melalui penanaman semula untuk menjamin keberterusan bekalan pada masa depan.
55. Mewartakan hutan simpan kekal dan tanam negara untuk mengekalkan kawasan tadahan dan kawasan hutan.
56. Pusat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diwujudkan untuk melindungi flora dan fauna. Misalnya, Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh (Sarawak) dan Sepilok (Sabah).
57. Penguatkuasaan Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) diwujudkan untuk mengawal aktiviti pembalakan haram.
58. Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan, masa pembalakan dan pemberian konsesi hutan.
59. Rancangan pertanian kekal diperkenalkan kepada orang Asli untuk mengurangkan aktiviti pertanian pindah.
60. Melindungi kawasan tadahan hujan untuk menjamin bekalan air yang mencukupi. Melalui ini kerajaan Malaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan tadahan tertentu untuk menjamin keberterusan bekalan air.
61. Kerajaan juga mengambil langkah mengawal kualiti air sungai dengan memeriksa, mengkaji membersihkan dan mengawasi sungai supaya tidak dicemar.
62. Mengadakan kempen 'Cintai Sungai KIta' setiap tahun untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan menggalakkan mereka menjaga sungai dengan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya.
63. Menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) bagi mengawal pencemaran sungai.
64. Sistem rawatan air kumbahan yang sempurna wajib disalurkan ke sungai ditapis terlebih dahulu.
65. Tindakan pemeriksaan saluran paip air bawah tanah perlu sentiasa dijalankan untuk mencegah berlakunya kebocoran paip. Kebocoran paip akan mengotor dan membazirkan air.


Kedudukan


Pengenalan
1. Kedudukan dan waktu piawaian sesuatu tempat ditentukan dengan menggunakan latitud dan longitud.
Latitud
1. Latitud ialah garisan yang dilukis secara melintang iaitu dari timur ke barat pada glob dan peta.
2. Latitud juga dikenali sebagai garis lintang dan setiap latitud diberi nilai unit darjah (0).
3. Latitud-latitud yang utama adalah seperti yang berikut: (a) Garisan Khatulistiwa (00) (b) Garisan Sartan (23 1/2 oU) (c) Garisan Jadi (23 1/2 oS) (d) Garisan Artik (66 1/2 oU) (e) Garisan Antartik (66 1/2 oS) (f ) Kutub Utara (90oU) (g) Kutub Selatan (90oS)
4. Garisan Khatulistiwa dilukis di tengah-tengah glob.
5. Garisan Khatulistiwa (o) ialah antara latitud yang terpanjang.
6. Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kita kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.
7. Latitud di utara Garisan Khatulistiwa dinomborkan 1oU (Utara) sehingga 90oU (Utara).
8. Latitud di selatan Garisan Khatulistiwa dinomborkan 1oS (Selatan) sehingga 90oS (Selatan).
9. Latitud-latitud menjadi semakin pendek apabila semakin dekat dengan kutub.
10. Kutub Utara (90o) dan Kutub Selatan (90oS) merupakan tanda-tanda titik sahaja.
11. Semua latitud dinomborkan berdasarkan pada bilangan darjahnya dari pusat bumi.
12. Oleh kerana Garisan Khatulistiwa berada di tengah glob dan selari dengan pusat bumi, jadi ia diberikan nilai 0o.
Contohnya, (a) Latitud 30o mempunyai sudut 30o ke utara dari pusat bumi.(b) Latitud 45 1/2oS mempunyai sudut 45 1/2o ke selatan dari pusat bumi.
Longitud
1. Longitud ialah garisan yang dilukis secara menegak dari kutub Utara ke Kutub Selatan.
2. Longitud juga dikenali sebagai garis bujur.
3. Longitud utama dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.Ia diberi ukuran 0o.
4. Garisan Meridian Pangkal melalui bandar Greenwich dekat London.
5. Semua Longitud dilukis bermula dari Garisan Meridian Pangkal (0o) ke sebelah timur atau sebelah barat sehingga longitud 180o.
6. Longitud di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal diberi ukuran 1oT sehingga 180oT.
7. Longitud di sebelah barat Garisan Meridian Pangkal diberi ukuran 1oB sehingga 180oB.
8. Semua longitud adalah sama panjang.
9. Longitud 180oT dan 180oB adalah garisan yang sama. Ia dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA).
10. Garisan Meridian Pangkal (0o) bergabung dengan Garisan Tarikh Antarabangsa (180oT/B) untuk membentuk sebuah bulatan.
11. Longitud dinomborkan berdasarkan bilangan darjah dari Garisan Meridian Pangkal di bahagian pusat bumi.
Contohnya,(a) Longitud 20oT mempunyai sudut 20o ke timur dari Garisan Meridian Pangkal di bahagian pusat bumi.(b) Longitud 30oB mempunyai sudut 30o ke barat dari Garisan Meridian Pangkal di bahagian pusat bumi.
Menyatakan dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud dan Longitud.
1. Kedudukan sesuatu tempat di atas glob dapat ditentukan oleh titik persilangan latitud dan longitud.
2. Untuk menyatakan kedudukan sesuatu tempat, nilai latitud disebut terlebih dahulu dan diikuti dengan nilai longitud.
3. Berdasarkan rajah di bawah kedudukan X, Y dan Z adalah seperti berikut (a) Kedudukan x yang terletak di latitud 65o dan di longitud 70oT adalah 65oU 70oT; (b) Kedudukan y ialah 75oS 45o; dan (c) Kedudukan Z ialah 65oU 35oB.
1. Terdapat juga latitud dan longitud di atas peta atlas. Misalnya, kedudukan Malaysia terletak di antara 1o hingga 7o ke utara 119o ke timur Garisan Meridian Pangkal.
2. Pada peta 1 di bawah kedudukan bandar raya Kuala Lumpur dapat diperoleh dengan membahagikan ruang latitud antara 0o ke 10oU kepada 10 bahagian yang sekata.
3. Begitu juga dengan ruang antara longitud 100oT ke 110oT dibahagikan kepada 10 bahagian yang sekata.
4. Oleh itu, kedudukan bandar raya Kuala Lumpur ialah pada titik persilangan latitud 3oU dan longitud 102oT (3oU 102oT).
5. Berdasarkan Peta 1 kedudukan bandar-bandar utama di Asia Pasifik boleh dinyatakan seperti dalam jadual di bawah.
Peta 1: kedudukan bandar-bandar utama di Asia Pasifik
6. Kedudukan sesuatu tempat di atas atlas dapat diperoleh dengan berpandukan indeks yang dicatatkan di halaman belakang atlas.
7. Untuk memberikan kedudukan yang lebih tepat, setiap satu darjah perlu dibahagikan kepada 60 minit ('). Misalnya kedudukan Bintulu adalah 3o 10'U 113o 01'T. Rujuk Jadual di bawah.
Waktu Tempatan
1. Waktu tempatan adalah waktu sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan kedudukan longitudnya. Tempat-tempat yang sama terletak di longitud yang sama akan memperoleh waktu yang sama.
2. Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Tempat-tempat yang terletak di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal (GMP) akan mengalami waktu siang terlebih dahulu berbanding tempat-tempat di sebelah barat GMP (0o).
3. Bumi memerlukan 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360o). Oleh itu:(a) bagi setiap 1 jam, bumi berputar pada jarak 15o
(b) bagi setiap 4 minit, bumi berputar pada jarak 1o
4. Garisan Meridian Greenwich atau GMP (0o)dijadikan rujukan dalam pengiraan waktu di sesuatu tempat.
5. Waktu di Garisan Meridian Greenwich atau Garisan Meridian Pangkal (GMP)dikenal sebagai Waktu Min Greenwich (WMG). Waktu tempatan adalah waktu yang diperoleh berdasarkan WMG.
6. Waktu tempatan yang terletak di sebelah timur Greenwich (GMP) adalah lebih cepat daripada waktu tempatan yang terletak di sebelah barat Greenwich.
Contoh soalan 1Kira waktu tempatan di W (105oT) jika waktu tempatan di Greenwich (GMP) ialah 12.00 tengah hari (jam1200).
Pengiraan jawapan:Selisih longitud =105o - 0o = 105oSelisih waktu bagi perbezaan 1o ialah 4 minitPerbezaan 105o = 105 x 4 minit = 420 minit atau 420/60Oleh sebab W terletak di sebelah timur Greenwich, maka waktunya lebih awal dan masanya ditambah.
Oleh itu waktu tempatan di W = 12.00 tengah hari + 7 jam = (12.00 + 0700) = 7 malam (jam 1900)
Contoh soalan 2Kira waktu tempatan di X (75oB) jika waktu tempatan di Greenwich ialah 12.00 tengah hari (jam 1200)
Pengiraan jawapan:Selisih longitud = 75o - 0o = 75oSelisih waktu bagi perbezaan 1o ialah 4 minitPerbezaan 75o = 75 x 4 minit = 300 m init atau 300/60 = 5 jamOleh sebab X terletak di sebelah barat Greenwich (GMP) maka waktunya lebih lambat dan masanya ditolak.
Oleh itu, waktu tempatan di X = 12.00 tengah hari - 5 jam = (12.00 - 0500) = 7.00 pagi (jam 0700)
Contoh soalan 3Kira waktu tempatan di Y (62oT) jika waktu tempatan di Z (30oT) ialah 11.00 malam (jam 2300)
Pengiraan jawapan:Selisih longitud = 62o - 30o = 32oSelisih waktu bagi perbezaan 1o ialah 4 minitPerbezaan 32o = 32 x 4 minit = 128 minit atau 128/60 = 2 jam 8 minitOleh sebab Y terletak di sebelah barat Z, maka waktunya lebih lambat dan masanya ditolak
Oleh itu, waktu tempatan di Y = 11.00 malam - 2 jam 8 minit = (2300 - 0208) 8.52 malam (jam 1052)
Waktu Piawai
1. Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360o)
2. Bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu dengan setiap zon waktu mempunyai jarak longitud sebanyak 15o. Perbezaan waktu antara setiap zon ialah 1 jam.
3. Waktu yang berdasarkan kepada zon waktu dikenali sebnagai waktu piawai. Tempat-tempat yang terletak dalam zon waktu yang sama menggunakan waktu piawai yang sama.
4. Negara-negara besar menggunakan beberapa zon waktu piawai. Amerika Syarikat misalnya, menggunakan lima zon waktu piawai.
5. Jadual di bawah menunjukkan negara-negara yang menggunakan beberapa zon waktu.
1. Longitud 180oB dan 180oT yang bertindan dikenal sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA).
2. Longitud ini tidak lurus kerana mengelakkan pemisahan daratan pada dua zon waktu seperti di sekitar kepulauan Aleutian, Fiji, Tonga dan New Zealand.
3. Garisan Tarikh Antarabangsa bertujuan membezakan tarikh di antara zon waktu kawasan barat dan zon waktu kawasan timur. Sebagai contohnya, jika waktu tempatan di A (165oT) ialah hari Isnin 6 September 2004, waktu tempatan di B(165oB) ialah hari Ahad, 5 September 2004. Rujuk peta di bawah.
4. Seseorang yang melintasi GTA mesti mengubah tarikh sebanyak satu hari (24 jam).
5. Seseorang yang melintasi GTA dari longitud barat ke longitud timur perlu membetulkan jamnya dengan menambah 24 jam. Maka ini bermaksud dia akan rugi sehari.
6. Sebaliknya jika seseorang itu melintasi GTA dari longitud timur ke longitud barat pula, dia perlu membetulkan jamnya dengan menolak 24 jam. Maka ini bermakna dia akan untung sehari.
Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) mengelak kawasandaratan di sekitar Kepulauan Aleutian, Fiji, Tonga dan New Zealand.