Selasa, 22 Jun 2010

Kedudukan


Pengenalan
1. Kedudukan dan waktu piawaian sesuatu tempat ditentukan dengan menggunakan latitud dan longitud.
Latitud
1. Latitud ialah garisan yang dilukis secara melintang iaitu dari timur ke barat pada glob dan peta.
2. Latitud juga dikenali sebagai garis lintang dan setiap latitud diberi nilai unit darjah (0).
3. Latitud-latitud yang utama adalah seperti yang berikut: (a) Garisan Khatulistiwa (00) (b) Garisan Sartan (23 1/2 oU) (c) Garisan Jadi (23 1/2 oS) (d) Garisan Artik (66 1/2 oU) (e) Garisan Antartik (66 1/2 oS) (f ) Kutub Utara (90oU) (g) Kutub Selatan (90oS)
4. Garisan Khatulistiwa dilukis di tengah-tengah glob.
5. Garisan Khatulistiwa (o) ialah antara latitud yang terpanjang.
6. Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kita kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.
7. Latitud di utara Garisan Khatulistiwa dinomborkan 1oU (Utara) sehingga 90oU (Utara).
8. Latitud di selatan Garisan Khatulistiwa dinomborkan 1oS (Selatan) sehingga 90oS (Selatan).
9. Latitud-latitud menjadi semakin pendek apabila semakin dekat dengan kutub.
10. Kutub Utara (90o) dan Kutub Selatan (90oS) merupakan tanda-tanda titik sahaja.
11. Semua latitud dinomborkan berdasarkan pada bilangan darjahnya dari pusat bumi.
12. Oleh kerana Garisan Khatulistiwa berada di tengah glob dan selari dengan pusat bumi, jadi ia diberikan nilai 0o.
Contohnya, (a) Latitud 30o mempunyai sudut 30o ke utara dari pusat bumi.(b) Latitud 45 1/2oS mempunyai sudut 45 1/2o ke selatan dari pusat bumi.
Longitud
1. Longitud ialah garisan yang dilukis secara menegak dari kutub Utara ke Kutub Selatan.
2. Longitud juga dikenali sebagai garis bujur.
3. Longitud utama dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.Ia diberi ukuran 0o.
4. Garisan Meridian Pangkal melalui bandar Greenwich dekat London.
5. Semua Longitud dilukis bermula dari Garisan Meridian Pangkal (0o) ke sebelah timur atau sebelah barat sehingga longitud 180o.
6. Longitud di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal diberi ukuran 1oT sehingga 180oT.
7. Longitud di sebelah barat Garisan Meridian Pangkal diberi ukuran 1oB sehingga 180oB.
8. Semua longitud adalah sama panjang.
9. Longitud 180oT dan 180oB adalah garisan yang sama. Ia dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA).
10. Garisan Meridian Pangkal (0o) bergabung dengan Garisan Tarikh Antarabangsa (180oT/B) untuk membentuk sebuah bulatan.
11. Longitud dinomborkan berdasarkan bilangan darjah dari Garisan Meridian Pangkal di bahagian pusat bumi.
Contohnya,(a) Longitud 20oT mempunyai sudut 20o ke timur dari Garisan Meridian Pangkal di bahagian pusat bumi.(b) Longitud 30oB mempunyai sudut 30o ke barat dari Garisan Meridian Pangkal di bahagian pusat bumi.
Menyatakan dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud dan Longitud.
1. Kedudukan sesuatu tempat di atas glob dapat ditentukan oleh titik persilangan latitud dan longitud.
2. Untuk menyatakan kedudukan sesuatu tempat, nilai latitud disebut terlebih dahulu dan diikuti dengan nilai longitud.
3. Berdasarkan rajah di bawah kedudukan X, Y dan Z adalah seperti berikut (a) Kedudukan x yang terletak di latitud 65o dan di longitud 70oT adalah 65oU 70oT; (b) Kedudukan y ialah 75oS 45o; dan (c) Kedudukan Z ialah 65oU 35oB.
1. Terdapat juga latitud dan longitud di atas peta atlas. Misalnya, kedudukan Malaysia terletak di antara 1o hingga 7o ke utara 119o ke timur Garisan Meridian Pangkal.
2. Pada peta 1 di bawah kedudukan bandar raya Kuala Lumpur dapat diperoleh dengan membahagikan ruang latitud antara 0o ke 10oU kepada 10 bahagian yang sekata.
3. Begitu juga dengan ruang antara longitud 100oT ke 110oT dibahagikan kepada 10 bahagian yang sekata.
4. Oleh itu, kedudukan bandar raya Kuala Lumpur ialah pada titik persilangan latitud 3oU dan longitud 102oT (3oU 102oT).
5. Berdasarkan Peta 1 kedudukan bandar-bandar utama di Asia Pasifik boleh dinyatakan seperti dalam jadual di bawah.
Peta 1: kedudukan bandar-bandar utama di Asia Pasifik
6. Kedudukan sesuatu tempat di atas atlas dapat diperoleh dengan berpandukan indeks yang dicatatkan di halaman belakang atlas.
7. Untuk memberikan kedudukan yang lebih tepat, setiap satu darjah perlu dibahagikan kepada 60 minit ('). Misalnya kedudukan Bintulu adalah 3o 10'U 113o 01'T. Rujuk Jadual di bawah.
Waktu Tempatan
1. Waktu tempatan adalah waktu sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan kedudukan longitudnya. Tempat-tempat yang sama terletak di longitud yang sama akan memperoleh waktu yang sama.
2. Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Tempat-tempat yang terletak di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal (GMP) akan mengalami waktu siang terlebih dahulu berbanding tempat-tempat di sebelah barat GMP (0o).
3. Bumi memerlukan 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360o). Oleh itu:(a) bagi setiap 1 jam, bumi berputar pada jarak 15o
(b) bagi setiap 4 minit, bumi berputar pada jarak 1o
4. Garisan Meridian Greenwich atau GMP (0o)dijadikan rujukan dalam pengiraan waktu di sesuatu tempat.
5. Waktu di Garisan Meridian Greenwich atau Garisan Meridian Pangkal (GMP)dikenal sebagai Waktu Min Greenwich (WMG). Waktu tempatan adalah waktu yang diperoleh berdasarkan WMG.
6. Waktu tempatan yang terletak di sebelah timur Greenwich (GMP) adalah lebih cepat daripada waktu tempatan yang terletak di sebelah barat Greenwich.
Contoh soalan 1Kira waktu tempatan di W (105oT) jika waktu tempatan di Greenwich (GMP) ialah 12.00 tengah hari (jam1200).
Pengiraan jawapan:Selisih longitud =105o - 0o = 105oSelisih waktu bagi perbezaan 1o ialah 4 minitPerbezaan 105o = 105 x 4 minit = 420 minit atau 420/60Oleh sebab W terletak di sebelah timur Greenwich, maka waktunya lebih awal dan masanya ditambah.
Oleh itu waktu tempatan di W = 12.00 tengah hari + 7 jam = (12.00 + 0700) = 7 malam (jam 1900)
Contoh soalan 2Kira waktu tempatan di X (75oB) jika waktu tempatan di Greenwich ialah 12.00 tengah hari (jam 1200)
Pengiraan jawapan:Selisih longitud = 75o - 0o = 75oSelisih waktu bagi perbezaan 1o ialah 4 minitPerbezaan 75o = 75 x 4 minit = 300 m init atau 300/60 = 5 jamOleh sebab X terletak di sebelah barat Greenwich (GMP) maka waktunya lebih lambat dan masanya ditolak.
Oleh itu, waktu tempatan di X = 12.00 tengah hari - 5 jam = (12.00 - 0500) = 7.00 pagi (jam 0700)
Contoh soalan 3Kira waktu tempatan di Y (62oT) jika waktu tempatan di Z (30oT) ialah 11.00 malam (jam 2300)
Pengiraan jawapan:Selisih longitud = 62o - 30o = 32oSelisih waktu bagi perbezaan 1o ialah 4 minitPerbezaan 32o = 32 x 4 minit = 128 minit atau 128/60 = 2 jam 8 minitOleh sebab Y terletak di sebelah barat Z, maka waktunya lebih lambat dan masanya ditolak
Oleh itu, waktu tempatan di Y = 11.00 malam - 2 jam 8 minit = (2300 - 0208) 8.52 malam (jam 1052)
Waktu Piawai
1. Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360o)
2. Bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu dengan setiap zon waktu mempunyai jarak longitud sebanyak 15o. Perbezaan waktu antara setiap zon ialah 1 jam.
3. Waktu yang berdasarkan kepada zon waktu dikenali sebnagai waktu piawai. Tempat-tempat yang terletak dalam zon waktu yang sama menggunakan waktu piawai yang sama.
4. Negara-negara besar menggunakan beberapa zon waktu piawai. Amerika Syarikat misalnya, menggunakan lima zon waktu piawai.
5. Jadual di bawah menunjukkan negara-negara yang menggunakan beberapa zon waktu.
1. Longitud 180oB dan 180oT yang bertindan dikenal sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA).
2. Longitud ini tidak lurus kerana mengelakkan pemisahan daratan pada dua zon waktu seperti di sekitar kepulauan Aleutian, Fiji, Tonga dan New Zealand.
3. Garisan Tarikh Antarabangsa bertujuan membezakan tarikh di antara zon waktu kawasan barat dan zon waktu kawasan timur. Sebagai contohnya, jika waktu tempatan di A (165oT) ialah hari Isnin 6 September 2004, waktu tempatan di B(165oB) ialah hari Ahad, 5 September 2004. Rujuk peta di bawah.
4. Seseorang yang melintasi GTA mesti mengubah tarikh sebanyak satu hari (24 jam).
5. Seseorang yang melintasi GTA dari longitud barat ke longitud timur perlu membetulkan jamnya dengan menambah 24 jam. Maka ini bermaksud dia akan rugi sehari.
6. Sebaliknya jika seseorang itu melintasi GTA dari longitud timur ke longitud barat pula, dia perlu membetulkan jamnya dengan menolak 24 jam. Maka ini bermakna dia akan untung sehari.
Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) mengelak kawasandaratan di sekitar Kepulauan Aleutian, Fiji, Tonga dan New Zealand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan